RM500 Ribu Diperlukan Untuk
Naiktaraf & Penyelenggaraan
Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS)
Dengan RM30 Anda Sudah Mampu Membantu
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Rasulullah SAW bersabda;
Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Sungai Penchala perlu dinaiktaraf segera bagi menjamin keselesaan dan keselamatan jemaah yang datang untuk beribadah.
Masjid yang menjadi tumpuan orang ramai, kerana lokasi yang sangat strategik dan terletak ditepi jalan raya, sudah tentu menjadi kebimbangan kepada kami jika jemaah semakin berkurang dek kerana kurang keselesaan kepada mereka dan juga ahli kariah.
Masjid yang mula dibina pada tahun 1934, dan kali terakhir dinaiktaraf pada tahun 1987, sudah tentu telah banyak keuzuran dan kerosakkan yang perlu dibaiki dan dinaiktaraf segera, seperti : bumbung, tandas, pejabat, pagar, sistem pendawaian dan lain-lain.
"Kami bimbang dengan keselamatan para jemaah, lebih-lebih lagi yang telah berusia, kerana bumbung usang yang sudah rosak dan bocor menjadi sebab sebahagian lantai akan dibasahi air dan licin apabila hujan lebat"
Justeru, dana RM500 Ribu perlu dikumpul segera bagi tujuan untuk menampung kos naiktaraf dan penyelenggaraan MJTAAS.
Tapak masjid berwarna kuning yang sudah berusia 88 tahun dari awal pembinaannya ini adalah wakaf dari dua hamba Allah yang berhati mulia bernama Ustaz Ghazali dan Encik Wan Yeop
"Jadi marilah kita menyambung perjuangan beliau untuk melihat rumah Allah tempat berkumpul Umat Islam di Sungai Penchala dimanfaat dan diimarahkan,".
Menyumbanglah hari ini tanpa bertangguh, semoga dikembalikan balasan bersedekah ketika dunia semakin menghampiri penghujungnya, dan balasan di akhirat dengan balasan yang lumayan amiiin..
Maklumat Penting :
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Billpliz akan terpapar pembayaran kepada MADANI EXPERT SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi :
- 019 3893596 : Tuan Haji Malek - (Pengerusi)
- 012 3653213 : Ustaz Azrul - (Imam)